KENDERAAN yang sering digunakan ke pejabat dan sentiasa menempuh kesesakan jalan raya hampir setiap hari boleh menyebabkan kerosakan maksimum jika radiator atau sistem sejukan enjin tidak diperiksa setiap minggu.
Kurang mengambil tahu mengenai enjin selain jarang memeriksa boleh menyebabkan kebakaran pada enjin terutama apabila radiator mengalami kekeringan air.
Apabila masalah ini terjadi, enjin terpaksa dibaiki secara menyeluruh (overhaul) dan pastinya pemilik akan mengeluh kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tambahan.
Adalah penting bagi setiap pemilik kenderaan memastikan radiator kereta termasuk tangki air simpanannya sentiasa penuh supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini seperti kebakaran enjin.
Keadaan ini hanya disedari apabila melihat asap keluar daripada bonet hadapan.
Punca kebakaran disebabkan gasket enjin terbakar sekali gus membuatkan omboh (piston) turut mengalami perubahan atau bengkok.
Ini menyebabkan enjin terpaksa diselenggara sepenuhnya kerana omboh yang rosak menyebabkan blok dinding bercalar dan perlu di 'overhaul'.
Sehubungan itu, bagi mengelak kejadian sedemikian, penting memastikan penyukat suhu haba air pada panel meter berfungsi dengan sempurna selain radiator yang perlu diperiksa dengan kerap.
Kurang mengambil tahu mengenai enjin selain jarang memeriksa boleh menyebabkan kebakaran pada enjin terutama apabila radiator mengalami kekeringan air.
Apabila masalah ini terjadi, enjin terpaksa dibaiki secara menyeluruh (overhaul) dan pastinya pemilik akan mengeluh kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tambahan.
Keadaan ini hanya disedari apabila melihat asap keluar daripada bonet hadapan.
Punca kebakaran disebabkan gasket enjin terbakar sekali gus membuatkan omboh (piston) turut mengalami perubahan atau bengkok.
Ini menyebabkan enjin terpaksa diselenggara sepenuhnya kerana omboh yang rosak menyebabkan blok dinding bercalar dan perlu di 'overhaul'.
Sehubungan itu, bagi mengelak kejadian sedemikian, penting memastikan penyukat suhu haba air pada panel meter berfungsi dengan sempurna selain radiator yang perlu diperiksa dengan kerap.
No comments:
Post a Comment