Friday, March 27, 2009

Tips Engine Oil


Tukar engine oil ikut jadual 5000km untuk mineral dan 10,000km untuk fully syntetic, ataupun 3 bulan, mana-mana yang sampai dulu. pastikan engine oil yang sesuai dan berkualiti, jangan beli cap ayam. Untuk kereta modern seperti vios, city dan sebagainya, harus menggunakan minyak semi syntetic atau fully syntetic. pastikan ianya cair. Jika pekat, ia akan mempengaruhi Sistem electronic, kurang kuasa dan menyebabkan makan minyak.

Untuk K-car, Kancil, Kelisa dibawah 1300cc. Kepekatan engine oil yang sesuai.
  1. 0w-30
  2. 10w-30
  3. 5w -40
Pengunaan minyak syntetic amat digalakan
Untuk kereta modern seperti vios, city, camry dan sebagainya.5w - 40
  1. 10w - 40
  2. 10w - 60 (untuk kereta yang selalu jalan long distance)
  3. 15w - 40 (tidak digalakan sepenuhnya)
Jika penggunaan minyak yang terlalu cair memnyebabkan pengurangan engine oil, pastikan anda sering servis oil seal, oil ring dan sebagainya. kalau boleh overhaul ikut jadual.
Kenapa minyak engine yang pekat seperti 20w-50, Sae40 tidak digalakan? minyak engine yang pekat boleh menyebabkan kurangnya kuasa kereta, pemandu terpaksa tekan lebih banyak pedal dan menyebabkan makan minyak. minyak syntetic juga membantu memelihara alam sekitar dengan ash contain yang kurang dan tidak merosakan cathalytic converter.

Tips Gearbox

Apabila kita membeli kereta baru, semua peralatan adalah baru termasuk gear box. Dan jika kita perhatikan, ada dinyatakan apabila millage kereta kita mencecah 1,000 km, kita perlu hantar kereta untuk service pertama. Service pertama adalah check up terakhir yang sepatutnya dibuat pada semua kereta oleh pengeluar kereta. Perkara yang diperiksa pada service pertama termasuk menukar semua jenis minyak pada kereta termasuk minyak gear box. Jangan abaikan service pertama ini kerana pada masa ini minyak injin dan minyak gear box yang mengandungi lebihan besi atau habuk besi di dalam injin akan dibuang bagi mengelakkan injin dan gear box terhakis.

Bagi yang membeli kereta secondhand, apa yang perlu dibuat, tukar minyak gear box sebaik sahaja anda membeli kereta tersebut dan rekodkan bacaan millage kereta anda. Bagi auto, setiap 15,000 atau 20,000 km, tukar minyak gear box anda. Bagi manual, setiap 40,000 atau 50,000 km tukar minyak gear box anda. Perkara ini sangat penting bagi menjamin gear box anda sentiasa bergerak lancar dan dalam keadaan "normal operating temperature" sepanjang masa. Bagaimanapun millage yang perlu bagi menukar minyak gear box bergantung kepada kereta dan jenis gear box (ikut panduan dalam manual kereta). Saya cadangkan setiap dua kali tukar minyak gear box, masukkan sedikit gear treatment. Setiap kali service kereta, minta mekanik memeriksa sekali paras minyak gear box kereta anda. Pastikan ia berada melebihi paras minima. JANGAN MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK GEAR KURANG DARI PARAS MINIMA BAGI MENGELAK KEROSAKKAN GIGI GEAR.

Bagi kereta manual, semasa memandu jangan sekali-kali meletakkan kaki anda di atas pedal clucth. In boleh memendekkan jangka hayat clucth plate nada dan merosakkan gigi gear kereta anda. JANGAN CUBA LAKUKAN 'SPIN WHEEL'. Laraskan paras clucth supaya berada dalam keadaan yang sesuai dengan panjang kaki anda (minta bantuan mekanik). Jangan paksa sekiranya gear tak masuk sebaliknya cuba lepaskan handbrek dahulu (terutama kancil). Semasa berada di lampu traffic, naturalkan gear dan tarik handbrek. Jangan biar injin melahu dalam keadaan bergear. Minta bantuan mekanik untuk mengenalpasti kelajuan maksimum gearbox kereta anda dan jangan memandu melebihi kelajuan maksimum ini.

Bagi kereta auto, pastikan anda faham kegunaan semua paras gear iaitu P, R, D, L, 2 dan 3. Bagi pemanduan biasa, gunakan cuma D dan bila memotong, gunakan "overdrive button". Sekiranya kerata anda tidak mempunyai overdrive button (wira 1.6 mempunyai overdrive button dan tidak pada wira 1.3, 1.5 ,kancil), anda perlu menerima hakikat yang kereta anda tidak boleh dipandu secara aggresive. Jangan gunakan overdrive button pada kelajuan melebihi 100 km/j kerana fungsi overdrive button adalah seperti kita menurunkan gear dari gear 5 ke gear 4 apabila memotong dan tetap pada gear 4 sehingga kita offkan overdrive button. Bayangkan pada kelajuan melebihi 100 km/j kita turunkan gear ke gear 4 atau 3. Kalau kita tak bernasib baik, kita mungkin dapat mengutip segala gear dan skru bertaburan di atas jalan. Gear 2, 3 dan L adalah untuk kegunaan mendaki iaitu apabila kereta kita tidak dapat mendaki cerun yang curam. Paras gear ini hanya untuk kegunaan kelajuan rendah (bergantung pada jenis kereta).

Bagi kereta semi auto, triptronik, steptronik. Penggunaan minyak gear box yang direkomenkan oleh pengeluar adalah sangat mustahak. JANGAN SEKALI-KALI MENUKAR JENIS MINYAK GEAR BOX KECUALI MENDAPAT NASIHAT DARIPADA PENGELUAR. Penukaran gear dari tinggi ke rendah juga mesti mengikut kelajuan yang disarankan oleh pengeluar.

Sekiranya terdapat lelehan atau kebocoran minyak atau minyak keluar dari gearbox anda, jangan panik, gear box anda tidak rosak, kemungkinan cuma oil seal gear box sudah 'mati'. Cuma periksa paras minyak gear box dengan lebih kerap dan pastikan ianya sentiasa cukup. Setiap kali kita menukar clucth plate, tukar juga oil seal walaupun ianya tidak bocor kerana jangkahayat oil seal dalam gearbox biasanya sama dengan jangkahayat clucth plate.

Akhir sekali, sekiranya anda menggunakan kereta auto buatan Eropah atau bukan Jepun, pastikan jangan usik apa-apa wayar yang bersambung dengan gear box apabila upgrade sistem bunyi, alarm atau apa-apa pengubahsuaian. Dan cuba 'belai' dan 'memandu dengan lemah lembut', kerana kalau gear box rosak, kos membaiki purata RM2000 dan untuk menukar gear box RM7000 (kedai potong) atau RM12000 (recon dan disahkan EON)(kecuali Perdana V6 = RM 22000).

Tips Air & Radiator

KENDERAAN yang sering digunakan ke pejabat dan sentiasa menempuh kesesakan jalan raya hampir setiap hari boleh menyebabkan kerosakan maksimum jika radiator atau sistem sejukan enjin tidak diperiksa setiap minggu.

Kurang mengambil tahu mengenai enjin selain jarang memeriksa boleh menyebabkan kebakaran pada enjin terutama apabila radiator mengalami kekeringan air.

Apabila masalah ini terjadi, enjin terpaksa dibaiki secara menyeluruh (overhaul) dan pastinya pemilik akan mengeluh kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tambahan.

Adalah penting bagi setiap pemilik kenderaan memastikan radiator kereta termasuk tangki air simpanannya sentiasa penuh supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini seperti kebakaran enjin.

Keadaan ini hanya disedari apabila melihat asap keluar daripada bonet hadapan.

Punca kebakaran disebabkan gasket enjin terbakar sekali gus membuatkan omboh (piston) turut mengalami perubahan atau bengkok.

Ini menyebabkan enjin terpaksa diselenggara sepenuhnya kerana omboh yang rosak menyebabkan blok dinding bercalar dan perlu di 'overhaul'.

Sehubungan itu, bagi mengelak kejadian sedemikian, penting memastikan penyukat suhu haba air pada panel meter berfungsi dengan sempurna selain radiator yang perlu diperiksa dengan kerap.

Tips Untuk Bateri Kenderaan

Ada kereta batterynya tahan 1 tahun, ada yang tidak sampai, tetapi ada yang pakai sampai 4 atau 5 tahun. sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan battery tidak tahan lama.

Untuk battery yang bukan maintaince free,
  • sentiasa memerhatikan paras air bateri, kalau kurang tambah.

battery yang maintainance free,
  • selepas jaminan, seperti 1 tahun atau 1/2 tahun, kadang-kadang kena check paras air bateri. MAINTAINANCE FREE TIDAK BERMAKSUD SEL KERING!! cuma airnya kurang mengejat.

tips umum:
  • pastikan kepala batery bersih sentiasa, kalau rosak tukar kepala bateri tu, kadang-kadang charge kereta tidak cantik, susah start engine disebabkan kepala tembaga tu.
  • pastikan wire battery dalam keadaan baik
  • Pasang volt stablizer, grounding wire kalau boleh
  • check altenator, sebab kalau recharging battery tidak bagus, battery pun cepat rosak.
  • kurangkan penggunaan amplifier, sportlight dan sebagainya.


Info berguna: jika hari ini hujan, besok cerah, cek paras air bateri, sebab air bateri akan mengejat. kalau bateri yang nyawa-nyawa ikan, akan rosak bateri dia.

UBAHSUAI YANG MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ

Jenis jenis pengubahsuaian yang perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada JPJ

Jika pengubahsuaian dan pemasangan alat kelengkapan tambahan boleh mengakibatkan perubahan besar kepada rupa bentuk, ukuran, kestabilan dan keselamatan serta ciri-ciri asal kenderaan motor tersebut, kebenaran bertulis hendaklah diperolehi terlebih dahulu dari pihak JPJ. Contohnya:-

-Pengubahsuaian ke atas rangka dan rangkaiannya atau rangka monocoque sebuah kenderaan bermotor.

-Pengubahan ke atas bentuk atau ciri-ciri asal kenderaan.

-Pengubahan dari kereta saloon kepada kereta convertible.

-Pengubahan ke atas sistem bahanapi.

-Pengubahan ke atas sistem brek.

-Pengubahan ke atas sistem steering.

-Pengubahan ke atas bes roda kenderaan.

-Penggunaan badan fibreglass bagi menggantikan badan keluli.

-Penukaran enjin.



borang permohonan untuk meluluskan pengubahsuaian

(DIBERI PERCUMA)
______________________________________________

_______________________________________________

_______________________________________________

_______________________________________________

_______________________________________________

Tarikh :

Kepada :

Pengarah
Bahagian Teknik,
Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan, Malaysia,
Aras 2, Blok D4, Parcel D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62620 PUTRAJAYA.

Tuan,

Permohonan Menambah Penumpang/Memasang Kanvas/Tambah Pagar Sisi/Iklan/Bawa Bot/Surf Board/Bawa Tangga/Tambah Tangki Minyak/Gear Manual @Auto/ _________________________________________________________

No. Pendaftaran : _______________________________
Model : _______________________________
Jenis Badan : _______________________________

Berikut disenaraikan syarat-syarat untuk permohonan yang tersebut diatas:-

Salinan Kad Pendaftaran

Salinan Lesen Perniagaan

Salinan Permit LPKP

Lakaran Menunjukkan Saiz Dan Berat

Lakaran Saiz

__________________________________


Sekian, terima kasih.

Tandatangan : ____________________________
Nama/Cop Syarikat : ____________________________
____________________________
____________________________
Nota : Yang Berkenaan

* Hendaklah ditaip

UBAHSUAI YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ

Terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa perlu mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),Terutamanya pengubahsuaian atau pemasangan yang tidak memberi kesan kepada ciri kesetabilan dan keselamatan kenderaan berkenaan seperti:

  • Pemasangan "air spoiler'' dibahagian hadapan dan belakang
  • Pemasangan ''side skirt'', ''aerofoil'' dan ''door visor'' pada kereta.
  • Pemasangan ''protecting guards'' pada bahagian hadapan dan belakang kereta.
  • Pengubahsuaian kecil pada jeriji radiotor,bonet atau bentuk serta rekabentuk lampu.
  • Pengubahsuaian kecil dan melebarkan jarak tayar atau penahan lumpur.
  • Pengubahsuaian atau pemasangan tambahan bumper besar (samaada jenis keluli atau fibreglass) pada bahagian hadapan dan belakang.
  • Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
  • Pemasangan para bumbung.
  • Pemasangan lampu brek tambahan (berwarna merah) atau lampu penunjuk arah (berwarna amber).
  • Pemasangan sun roof diatas bumbung.
  • Pemasangan sportlight atau lampu halogen (berwarna putih atau kuning) pada bahagian hadapan sahaja iaitu tambahan kepada lampu sedia ada.

Walau bagaimanapun, pengubahsuaian kecil dan pemasangan aksesori-aksesori ini hendaklah memenuhi semua keperluan perundangan sebagaimana dinyatakan di dalam Motor Vehicles (Construction and Use) Rules 1959 atau Motor Vehicles (Construction, Equipment and Use) Rules 1988.

Contohnya:-

  • Sekiranya air spoiler, aerofoil atau side skirt dipasang, ianya tidak boleh melebihi 150mm diukur dari bahagian luar tayar belakang.
  • Sekiranya door visor dipasang, ianya tidak boleh melebihi 100mm lebar dan tinggi.
  • Sekiranya rim atau tayar lebar digunakan, ianya mesti ditutup sepenuhnya dengan mudguards atau mudflaps.
  • Sekiranya protecting guards dipasang, ianya tidak boleh menutupi lampu-lampu kenderaan.
  • Tidak dibenarkan bucu-bucu tajam atau bahagian yang terjulur keluar melebihi 100mm. Di samping itu lebar keseluruhan tidak boleh melebihi lebar kereta yang asal.
  • Sekiranya tambahan bumper besar atau protecting guards dipasang, lebihan bahagian hadapan dan belakang tidak boleh melebihi 50% dari bes roda kenderaan.
  • Jarak headlamps dan lampu isyarat tidak boleh melebihi 300mm dan 400mm masing-masing diukur dari badan yang terlebar selepas pengubahsuaian.
  • Sekiranya para bumbung dipasang, ianya tidak boleh melebihi panjang bumbung, atau lebar kenderaan atau ketinggian 400mm diukur dari bahagian teratas para bumbung.
  • Pemasangan alat kelengkapan tambahan yang tidak dibenarkan
  • Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.
  • Pemasangan lampu berwarna biru, ungu atau hijau.
  • Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada.
  • Pemasangan spot light di bahagian belakang kereta.
  • Pemasangan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna pada cermin hadapan, cermin belakang dan cermin tepi di mana kadar ketelusan cahaya kurang dari 70%.

Nota: Walau bagaimanapun, penggunaan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna di bahagian atas cermin hadapan sebanyak 20% dari lebarnya dan di cermin tingkap sukuan boleh dibenarkan.